Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

62. Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, dengan notis bertulis kepada pengendali berlesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a)

jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen pengendali itu tidak dipatuhi;

(b)

jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;

(c)

sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan atau

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan pengendali berlesen itu; atau

(d)

jika ia berpuas hati bahawa kenderaan barangan yang digunakan berkaitan dengan lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu telah dikeluarkan tidak lagi wujud:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(A)

dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen pengendali di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pengendali berlesen suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung; atau

(B)

dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen pengendali itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pengendali berlesen itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 58(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.

(3)

Jika suatu lesen pengendali—

(a)

telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah

Pengangkutan Awam Darat 85

dalam masa empat belas hari daripada tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau

(b)

telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules