Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

67. Perizaban lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini,

Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat arahan sebagaimana yang dikehendaki bagi perizaban lesen pengendali bagi orang Melayu dan anak negeri dalam apa-apa perkadaran lesen pengendali yang hendak dikeluarkan di bawah Bab ini kepada orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan untuk mana-mana pihak ketiga bagi sewa atau upah dengan menggunakan kenderaan barangan sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mematuhi arahan sedemikian.

(2)

Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan kepada seorang

Melayu atau anak negeri oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat menurut arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi pengendorsan yang berikut:

“Diberikan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen 67(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.”.

(3)

Pengendorsan dalam subseksyen (2) hendaklah menjadi keterangan yang konklusif bahawa lesen pengendali itu telah dikeluarkan menurut arahan sedemikian.

(4)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1), mengenakan pada lesen pengendali itu apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 57.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “orang Melayu” atau “anak negeri”

termasuklah suatu syarikat, persatuan atau kumpulan orang, sama ada

Pengangkutan Awam Darat 89

diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang bahagian majoriti modalnya dipunyai oleh dan pengurusan dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu atau anak negeri.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules