Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

64. Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam menjalankan budi bicaranya, mempunyai kuasa untuk menggantikan suatu lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan suatu kelas kenderaan barangan dengan lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan kelas kenderaan barangan yang lain, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa terdapat keperluan untuk membawa barangan dengan kelas kenderaan barangan yang berlainan daripada kelas kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini bagi maksud—

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(a)

menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang berlainan; atau

(b)

menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang sama.

(2)

Sebelum menggantikan suatu lesen pengendali di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan niat Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali itu.

(3)

Sesuatu lesen pengendali yang menggantikan mana-mana lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.

(4)

Apabila lesen pengendali gantian itu mula berkuat kuasa, lesen pengendali yang digantikan di bawah subseksyen (1) adalah tidak sah dan hendaklah diserahkan balik kepada Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat dalam masa empat belas hari dari mula berkuat kuasanya lesen pengendali gantian itu.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules