257. Pemakaian Penggal ini
Feedback & supportPeruntukan Subpenggal ini dan seksyen 283 tidak terpakai bagi mana-mana terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, debentur yang dinyatakan dalam Jadual 8.
Peruntukan Penggal ini yang dinyatakan dalam Jadual 9 tidak terpakai bagi mana-mana terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, debentur yang dinyatakan dalam Jadual 9.
Peruntukan Penggal ini tidak terpakai bagi suatu terbitan, tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada seseorang atau suatu golongan orang, atau dibuat berkenaan dengan suatu debentur atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 443
suatu kelas debentur, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Suatu penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (3) boleh menentukan peruntukan Penggal ini yang tidak terpakai bagi suatu terbitan, tawaran atau pelawaan.