Skip to content

Seksyen 108

Pencabaran oleh seseorang tertuduh

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 123 of 129
Seksyen 108
(1)

Seseorang tertuduh yang akan dibicarakan oleh sesuatu mahkamah tentera berhak membantah, atas alasan yang munasabah,

114 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

terhadap mana-mana anggota mahkamah, sama ada yang telah dilantik pada mulanya atau sebagai ganti seseorang pegawai lain.

(2)

Bagi maksud membolehkan tertuduh itu menggunakan hak yang diberikan oleh subseksyen terdahulu yang akhir disebut, nama anggota mahkamah itu hendaklah disebut di hadapan tertuduh itu sebelum anggota mahkamah itu mengangkat sumpah, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia membantah terhadap mana-mana pegawai itu.

(3)

Tiap-tiap bantahan yang dibuat oleh tertuduh itu terhadap mana-mana pegawai hendaklah ditimbangkan oleh pegawai lain yang telah dilantik menjadi anggota mahkamah itu.

(4)

Jika bantahan dibuat terhadap yang dipertua dan bantahan itu dibenarkan oleh tidak kurang daripada satu pertiga daripada bilangan anggota mahkamah yang lain itu, mahkamah itu hendaklah menangguhkan persidangan dan pegawai sidang hendaklah melantik seorang yang dipertua yang lain.

(5)

Jika bantahan dibuat terhadap seseorang anggota mahkamah selain yang dipertua dan bantahan itu dibenarkan oleh tidak kurang daripada setengah daripada bilangan anggota yang berhak mengundi, anggota yang terhadapnya bantahan telah dibuat hendaklah berundur dan jika dengan tidak berbuat demikian bilangan anggota itu akan menjadi kurang daripada bilangan minimum di sisi undang-undang kekosongan itu hendaklah diisi dengan seorang pegawai lain mengikut cara yang ditetapkan.