Skip to content

Seksyen 56

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 67 of 129
Seksyen 56

(a)

dengan diketahuinya membantu mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah

Akta ini supaya meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti; atau

(b)

mengetahui bahawa mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini telah meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti, atau sedang mencuba hendak meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti, tidak melaporkan hal itu tanpa

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

kelengahan, atau tidak mengambil apa-apa langkah dalam kuasanya untuk menyebabkan orang itu diberkas, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.