Skip to content

Seksyen 50

Tidak patuh kepada pegawai atasan

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 61 of 129
Seksyen 50

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan cara yang menunjukkan bantahan yang sengaja terhadap kuasa, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab keabaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, dia tidak boleh dipenjarakan selama tempoh melebihi dua tahun.