Skip to content

Seksyen 60

Mabuk

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 71 of 129
Seksyen 60

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan kesalahan mabuk sama ada semasa bertugas atau tidak, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang askar-lasykar yang bukan dalam perkhidmatan giat dan juga bukan menjalankan tugas, hukuman yang dikenakan itu tidak boleh melebihi hukuman tahanan selama tempoh enam bulan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini seseorang melakukan kesalahan mabuk jika, oleh sebab pengaruh alkohol atau apa-apa dadah lain, sama ada dalam hal keadaan itu sahaja atau berserta dengan apa-apa hal keadaan lain, dia tidak layak diamanahkan dengan tugasnya atau dengan apa-apa tugas yang dia mungkin diperintahkan untuk melaksanakan, atau berkelakuan tidak senonoh atau secara yang mungkin mencacatkan nama baik Perkhidmatan Seri Paduka Baginda.

Kesalahan yang Berhubungan dengan Harta

Kesalahan berhubung dengan harta awam dan harta perkhidmatan