Skip to content

Seksyen 54

Tinggal tugas

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 65 of 129
Seksyen 54

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

(a)

meninggalkan tugas; atau

(b)

memujuk, berusaha untuk memujuk, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya meninggalkan tugas, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh dipenjarakan selama tempoh lebih daripada dua tahun melainkan—

(i)

jika kesalahan itu terhadap perenggan (a), dia telah berada dalam perkhidmatan giat atau di bawah perintah supaya menjalankan perkhidmatan giat pada masa kesalahan itu dilakukan; atau

(ii)

jika kesalahan itu terhadap perenggan (b), orang yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan telah berada dalam perkhidmatan giat atau

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

di bawah perintah supaya menjalankan perkhidmatan giat pada masa itu.

(2)

Bagi maksud Akta ini seseorang meninggalkan tugas jika dia—

(a)

meninggalkan Perkhidmatan Seri Paduka Baginda, atau apabila menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian, tidak masuk atau tidak masuk semula dalam Perkhidmatan

Seri Paduka Baginda, dengan (dalam mana-mana satu hal itu) niat, sama ada yang wujud pada masa dia meninggalkan atau tidak masuk atau tidak masuk semula dalam

Perkhidmatan Seri Paduka Baginda itu ataupun yang terbentuk kemudiannya, hendak meninggalkan kewajipannya buat selama-lamanya;

(b)

tidak hadir tanpa cuti dengan niat hendak menghindarkan daripada berkhidmat di mana-mana tempat luar negeri atau untuk menghindar perkhidmatan atau mana-mana perkhidmatan tertentu apabila berhadapan dengan musuh;

(c)

sebagai seorang kelasi yang telah diberi amaran bahawa veselnya di bawah perintah untuk belayar, tidak hadir tanpa kebenaran yang sepatutnya, dengan niat supaya vesel itu meninggalkannya; atau

(d)

sebagai seorang pegawai, yang diambil masuk ke dalam atau memasuki mana-mana angkatan tentera tanpa dilucutkan tauliahnya terlebih dahulu, atau sebagai seorang askar-lasykar yang diambil masuk ke dalam atau memasuki mana-mana angkatan tentera tanpa diberhentikan kerja terlebih dahulu daripada pengambilan masuknya yang dahulu, dan sebutan dalam Akta ini mengenai tinggal tugas hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(3)

Sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti apa-apa hukuman yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), mahkamah tentera yang mensabitkan askar-lasykar itu atas kesalahan tinggal tugas boleh

Akta Angkatan Tentera 67

mengarahkan supaya dilucut hak kesemua atau mana-mana bahagian daripada perkhidmatannya sebelum dari tempoh yang mengenainya dia telah disabitkan atas kesalahan tinggal tugas itu.

Tidak hadir tanpa cuti