Seksyen 48
Tidak menghapuskan dahagi
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan mengetahui bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan—
(a)
tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menghapuskan atau mencegahnya; atau 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(b)
tidak melaporkan tanpa kelengahan bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera—
(i)
jika kesalahan itu telah dilakukan dengan niat hendak membantu musuh, dikenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan
(ii)
dalam mana-mana hal lain, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Tingkah laku ingkar perintah