Seksyen 51
Tidak patuh kepada perintah tetap
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya seksyen ini terpakai, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang semunasabahnya dijangkakan diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2)
Seksyen ini terpakai bagi perintah tetap atau perintah biasa lain yang berterusan keadaannya untuk mana-mana formasi atau unit atau kumpulan trup, atau untuk mana-mana perintah atau kawasan, pasukan, garison atau tempat lain atau untuk mana-mana kapal, kereta api atau kapal udara.
(3)
Perintah tetap atau perintah biasa lain yang diperihalkan dalam subseksyen (2) boleh—
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(a)
dibuat oleh; dan
(b)
disiarkan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditentukan oleh,
Ketua Perkhidmatan bagi setiap Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya.
Menghalang pegawai provos