Skip to content

Seksyen 53

Menghalang pegawai polis yang menangkap anggota angkatan tentera

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 64 of 129
Seksyen 53

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang menahan atau menghalang di mana-mana tempat di dalam Malaysia—

(a)

pelaksanaan oleh seseorang pegawai polis waran untuk menangkap seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum apabila disabitkan oleh sesuatu mahkamah awam; atau

Akta Angkatan Tentera 65

(b)

penangkapan seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasanya tanpa waran, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan Tentera