Seksyen 59
Berpura-pura sakit
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
Akta Angkatan Tentera 69
(a)
secara palsu berpura-pura sebagai mengidap penyakit atau tidak berdaya;
(b)
mencederakan dirinya dengan niat hendak menyebabkan dirinya tidak layak untuk berkhidmat atau menyebabkan dirinya dicederakan oleh mana-mana orang dengan niat itu;
(c)
mencederakan mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, atas kehendak orang lain itu, dengan niat menyebabkan orang lain itu tidak layak untuk berkhidmat; atau
(d)
dengan niat untuk menyebabkan dirinya atau sentiasa menjadikan dirinya tidak layak untuk berkhidmat, melakukan atau tidak melakukan sesuatu (sama ada pada masa perbuatan atau peninggalan itu dia berada di hospital atau tidak) hingga mengakibatkan, atau memanjangkan atau memberatkan, apa-apa penyakit atau ketidakupayaan, melakukan kesalahan berpura-pura sakit dan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2)
Dalam seksyen ini, ungkapan “tidak layak” termasuklah tidak layak buat sementara.