Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
58. Tidak menghadiri perbarisan atau tidak menjalankan tugas
Feedback & supportTiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, tidak menghadiri mana-mana perbarisan atau apa-apa jenis tugas lain atau meninggalkan mana-mana perbarisan atau tugas itu seperti yang disebut terdahulu dia dibenarkan untuk berbuat demikian boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.