Skip to content

Seksyen 57

Pernyataan palsu berkenaan dengan cuti

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 68 of 129
Seksyen 57

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, bagi maksud hendak mendapatkan cuti atau melanjutkan cutinya, dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan palsu kepada mana-mana pihak berkuasa perkhidmatan, kepada mana-mana pegawai polis atau kepada mana-mana orang yang diberi kuasa oleh atau di bawah arahan Majlis

Angkatan Tentera untuk bertindak bagi maksud mendapatkan pelanjutan cuti boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.