Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

426. Keutamaan tidak wajar dalam pengurusan kehakiman

Feedback & support
(1)

Apa-apa pemindahan, gadai janji, penghantarserahan barang, bayaran, pelaksanaan atau perbuatan lain yang berhubungan dengan harta yang dibuat atau dilakukan oleh atau terhadap sesuatu syarikat yang tidak mampu untuk membayar hutangnya apabila hutang itu menjadi kena dibayar, daripada wang syarikat itu sendiri yang memihak kepada mana-mana pemiutang atau mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi mana-mana pemiutang dengan niat untuk memberi pemiutang itu keutamaan berbanding dengan pemiutang lain hendaklah terbatal sekiranya syarikat itu diletakkan di bawah pengurusan kehakiman atas permohonan bagi suatu perintah

500 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

pengurusan kehakiman yang dikemukakan dalam masa enam bulan dari tarikh pembuatan, pengambilan, pembayaran atau penanggungan pemindahan, gadai janji, penghantarserahan barang, bayaran, pelaksanaan dan tiap-tiap perbuatan itu.

(2)

Apa-apa pemindahan atau penyerahhakan semua harta suatu syarikat kepada pemegang amanah bagi faedah semua pemiutangnya hendaklah terbatal.

(3)

Seksyen ini tidak menyentuh hak mana-mana orang yang memperoleh hakmilik dengan suci hati dan bagi balasan bernilai melalui atau di bawah seorang pemiutang syarikat yang diletakkan di bawah pengurusan kehakiman.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules