Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

554. Kesan pemotongan

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu syarikat dipotong daripada daftar di bawah seksyen 549, syarikat itu hendaklah dibubarkan, tetapi—

(a)

tanggungan, jika ada, tiap-tiap pengarah atau pegawai dan anggota syarikat itu berterusan dan boleh dikuatkuasakan seolah-olah syarikat itu tidak dibubarkan; dan

(b)

tiada apa-apa jua dalam seksyen 550 boleh menyentuh kuasa

Mahkamah untuk menggulung suatu syarikat, yang namanya telah dipotong daripada daftar dengan syarat bahawa terdapat bukti bahawa syarikat itu mempunyai harta yang boleh didapatkan.

(2)

Jika Mahkamah mengeluarkan suatu perintah penggulungan di bawah perenggan (1)(b), penyelesai hendaklah diminta hanya untuk menemukan dan mendapatkan apa-apa aset syarikat.

Kuasa Mahkamah untuk memasukkan semula syarikat yang dipotong ke dalam daftar

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules