Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
555. Section 555
Feedback & supportMana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Pendaftar untuk memotong syarikat boleh, dalam masa tujuh tahun selepas nama syarikat telah dipotong, memohon kepada Mahkamah untuk memasukkan semula nama syarikat ke dalam daftar.
Syarikat 619
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat pada masa dipotong, menjalankan perniagaan atau beroperasi atau selainnya bahawa hanya nama syarikat dimasukkan semula ke dalam daftar,
Mahkamah boleh mengarahkan supaya—
nama syarikat dimasukkan semula; dan
memberikan apa-apa arahan dan membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan adil untuk menempatkan syarikat dan semua orang lain pada kedudukan yang sehampir sama seolah-olah nama syarikat tidak dipotong.
Setelah suatu salinan pejabat diserah simpan dengan Pendaftar, syarikat hendaklah disifatkan masih wujud seolah-olah namanya tidak dipotong.
Subpenggal 2
Pengurusan Aset Syarikat yang Dibubarkan