Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
556. Kuasa Pendaftar untuk mewakili syarikat yang dibubarkan dalam hal keadaan tertentu
Feedback & supportJika selepas sesuatu syarikat dibubarkan, dibuktikan sehingga memuaskan hati Pendaftar—
bahawa syarikat itu jika masih wujud terikat di sisi undang-undang atau ekuiti untuk menunaikan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa urus niaga, transaksi atau perkara; dan
bahawa bagi menunaikan, menyempurnakan atau menguatkuasakan urus niaga, transaksi atau perkara itu hanya tindakan pentadbiran tertentu sepatutnya dilakukan oleh atau bagi pihak syarikat jika masih wujud,
620 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Pendaftar boleh sebagai mewakili syarikat atau penyelesainya di bawah seksyen ini melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa tindakan itu.
Pendaftar boleh menyempurnakan atau menandatangani apa-apa surat cara atau dokumen berkaitan yang menyatakan bahawa dia telah melakukan sedemikian di bawah seksyen ini, dan penyempurnaan atau penandatanganan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa, kesahan dan kesan yang sama seolah-olah syarikat itu, jika wujud, telah menyempurnakan surat cara atau dokumen itu dengan sewajarnya.