Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

557. Aset yang belum dijelaskan bagi syarikat yang dibubarkan atau dipotong terletak hak pada Pendaftar

Feedback & support
(1)

Jika, selepas sesuatu syarikat dibubarkan, masih terdapat apa-apa harta yang belum dijelaskan, alih atau tak alih, termasuk benda dalam tindakan dan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang pada masa syarikat itu dibubarkan—

(a)

terletak hak pada syarikat itu;

(b)

syarikat itu berhak ke atasnya; atau

(c)

syarikat itu mempunyai kuasa untuk melupuskan, tetapi yang tidak diterima, didapatkan atau selainnya dilupuskan atau diuruskan oleh syarikat itu atau penyelesainya sebelum pembubaran, harta itu, kecuali modal dipanggil dan tidak dipanggil, hendaklah, bagi maksud seksyen yang berikut dalam Subpenggal ini dan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, terletak hak pada Pendaftar bagi semua estet dan kepentingan, di sisi undang-undang atau ekuiti, syarikat itu atau penyelesainya pada tarikh syarikat itu dibubarkan, bersama dengan semua tuntutan, hak dan ganti rugi yang dipunyai oleh syarikat itu atau penyelesainya pada masa itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika apa-apa tuntutan, hak atau ganti rugi penyelesai boleh, di bawah Akta ini, dibuat, dijalankan atau digunakan hanya dengan kelulusan atau persetujuan Mahkamah atau

Syarikat 621

mana-mana orang lain, Pendaftar boleh membuat, menjalankan atau menggunakan sendiri tuntutan, hak atau ganti rugi itu tanpa kelulusan atau persetujuan itu.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules