Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

558. Pelupusan kepentingan yang belum selesai dalam harta

Feedback & support
(1)

Setelah dibuktikan sehingga memuaskan hati Pendaftar bahawa adalah terletak hak padanya melalui penguatkuasaan seksyen 557 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan atau suatu undang-undang negara yang ditetapkan yang bersamaan dengan seksyen 548, apa-apa estet atau kepentingan dalam harta, sama ada secara perseorangan atau bersama dengan mana-mana orang lain, bersifat benefisial dan tidak semata-mata dipegang sebagai amanah, Pendaftar boleh menjual atau selainnya melupuskan atau berurusan dengan estet atau kepentingan dalam harta itu atau mana-mana bahagian estet atau kepentingan dalam harta itu sebagaimana yang disifatkannya patut.

(2)

Pendaftar boleh menjual atau selainnya melupuskan atau berurusan dengan harta sama ada secara perseorangan atau dengan persetujuan mana-mana orang lain mengikut apa-apa cara bagi apa-apa balasan melalui lelong awam, tender awam atau kontrak persendirian mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan kuasa untuk membatalkan apa-apa kontrak dan menjual semula atau selainnya melupuskan atau berurusan dengan harta itu sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat dan boleh membuat, menyempurnakan, menandatangani dan menguatkuasakan kontrak, surat cara dan dokumen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(3)

Pendaftar hendaklah diberikan saraan secara komisen, sama ada secara peratusan atau selainnya, sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).

(4)

Wang yang diterima oleh Pendaftar dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Subpenggal ini hendaklah digunakan untuk membayar segala kos, perbelanjaan, komisen dan fi yang bersampingan dengan pelupusan itu dan

622 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

seterusnya bagi apa-apa bayaran yang dibenarkan oleh Subpenggal ini dan lebihan, jika ada, hendaklah diuruskan seolah-olah lebihan itu merupakan wang tidak dituntut di bawah undang-undang yang berhubungan dengan wang tidak dituntut.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules