Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

559. Liabiliti Pendaftar dan Kerajaan mengenai harta yang terletak hak pada Pendaftar

Feedback & support
(1)

Harta yang terletak hak pada

Pendaftar melalui penguatkuasaan Subpenggal ini atau melalui penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan hendaklah bertanggungan dan tertakluk pada segala caj, tuntutan dan liabiliti yang dikenakan ke atasnya atau yang menyentuh harta itu oleh sebab mana-mana peruntukan statutori mengenai kadar, cukai, caj atau apa-apa perkara atau benda lain yang kepadanya harta itu bertanggungan atau tertakluk jika harta itu terus dimiliki, dipunyai atau diduduki oleh syarikat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tidak boleh dikenakan ke atas

Pendaftar atau Kerajaan apa-apa jua kewajipan, obligasi atau liabiliti untuk melakukan atau menghadapi apa-apa perbuatan atau benda yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan statutori supaya dilakukan atau dihadapi oleh pemunya atau penduduk selain penyelesaian atau pembayaran apa-apa caj, tuntutan atau liabiliti itu daripada aset syarikat setakat yang caj, tuntutan atau liabiliti itu adalah pada pendapat Pendaftar tersedia dengan sepatutnya dan boleh digunakan bagi pembayaran itu.

Akaun dan audit

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules