Seksyen 39
Salah laku oleh pemerintah dalam perjuangan
Tiap-tiap pegawai yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, selaku memerintah sesuatu unit, kapal, kapal udara, tempat pertahanan atau elemen lain angkatan tentera—
(a)
tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengarahkan pegawai dan askar-lasykar di bawah perintahnya atau unit, kapal, kapal udaranya atau bahagian lain supaya berjuang apabila diperintahkan supaya menjalankan sesuatu gerakan perang atau apabila bertemu dengan musuh yang menjadi kewajipannya menentang;
(b)
semasa berjuang, tidak, dalam masa berjuang atas sifatnya sendiri dan mengikut pangkatnya, menggalakkan pegawai dan askar-lasykar di bawah perintahnya supaya berjuang dengan beraninya;
(c)
semasa berjuang, undur dengan tidak sepatutnya daripada perjuangan itu; atau
(d)
dengan tidak sepatutnya tidak memburu musuh atau tidak memperkuat mana-mana tempat yang telah ditawan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 77