Skip to content

Seksyen 43

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 54 of 129

Seksyen 43

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, oleh sebab tidak patuh kepada perintah atau dengan sengaja mengabaikan tugasnya, ditawan oleh musuh melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah ditawan oleh musuh, tidak mengambil apa-apa langkah, atau melarang atau menawarkan hati mana-mana orang lain yang ditawan oleh musuh daripada mengambil apa-apa langkah yang munasabah yang boleh diambil olehnya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang lain itu, untuk masuk semula dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

Akta Angkatan Tentera 57

(3)

Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Kesalahan oleh atau berhubung dengan sentri, dsb.