Seksyen 42
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a)
menyebarkan (sama ada secara lisan, bertulis, dengan semboyan, atau selainnya) laporan yang berhubungan dengan gerakan angkatan tentera Seri Paduka Baginda, mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya, atau mana-mana bahagian daripada angkatan itu, iaitu laporan yang dikira akan mewujudkan kegelisahan atau kegemparan yang tidak perlu; atau
(b)
apabila berhadapan dengan musuh menggunakan perkataan yang dikira akan mewujudkan kegelisahan atau kegemparan yang tidak perlu, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Menjadi tawanan perang kerana tidak patuh atau keabaian yang disengajakan; dan tidak masuk semula dalam angkatan