Skip to content

Seksyen 46

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 57 of 129
Seksyen 46

(a)

mencuri daripada, atau dengan niat hendak mencuri memeriksa, tubuh seseorang yang terbunuh atau tercedera dalam masa menjalankan gerakan seumpama perang;

(b)

memecah masuk ke dalam mana-mana rumah atau tempat lain untuk mencari harta penjarahan;

(c)

tanpa perintah daripada pegawai atasannya dengan sengaja membinasakan atau merosakkan apa-apa harta;

(d)

mencuri apa-apa harta yang telah ditinggalkan terdedah atau tidak dilindungi berikutan dengan gerakan seumpama perang; atau 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(e)

mengambil, selain bagi perkhidmatan awam, apa-apa kenderaan, alat kelengkapan atau barang yang ditinggalkan oleh musuh, melakukan penjarahan dan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Dahagi dan Ingkar Perintah