Seksyen 47
Dahagi
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a)
mengambil bahagian dalam dahagi yang melibatkan kekerasan digunakan atau ancaman hendak menggunakan kekerasan;
(b)
mengambil bahagian dalam dahagi yang tujuannya atau satu daripada tujuannya untuk enggan menjalankan atau untuk menghindar apa-apa tugas atau perkhidmatan menentang, atau berkaitan dengan gerakan menentang, musuh, atau untuk menghalang mana-mana tugas atau perkhidmatan itu daripada dilakukan; atau
(c)
mengapi-apikan mana-mana orang lain yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya mengambil bahagian dalam mana-mana dahagi itu, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh
Akta ini.
(2)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dalam sesuatu hal yang tidak termasuk di bawah subseksyen yang disebut terdahulu, mengambil
Akta Angkatan Tentera 61
bahagian dalam sesuatu dahagi atau mengapi-apikan mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini supaya mengambil bahagian dalam sesuatu dahagi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(3)
Dalam Akta ini, ungkapan “dahagi” ertinya gabungan antara dua orang atau lebih yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, atau antara orang yang daripadanya sekurang-kurangnya dua orang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini—
(a)
untuk menggulingkan atau menentang pihak berkuasa yang sah dalam angkatan tentera atau dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian daripada angkatan tersebut;
(b)
untuk mengingkari pihak berkuasa itu dalam hal keadaan yang menyebabkan keingkaran itu merosakkan tatatertib, atau dengan tujuan hendak menghindari apa-apa tugas atau perkhidmatan terhadap, atau berkaitan dengan gerakan menentang, musuh; atau
(c)
menghalang maksud mana-mana tugas atau perkhidmatan dalam angkatan tentera atau dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian angkatan tersebut.