Seksyen 40
Salah laku oleh orang lain dalam gerakan menentang musuh
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, tidak selaku memerintah mana-mana unit, kapal, kapal udara, tempat pertahanan, atau bahagian lain angkatan tentera—
(a)
dengan tidak sepatutnya melengahkan atau menghalang apa-apa perjuangan menentang musuh;
(b)
apabila diperintahkan untuk menjalankan sesuatu gerakan perang, tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menjalankan perintah itu;
(c)
membuangkan senjata, peluru atau alat-alatnya di hadapan musuh;
(d)
meninggalkan posnya di hadapan musuh; atau
(e)
berkelakuan berhadapan dengan musuh secara yang menunjukkan kebaculan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.