Skip to content

Seksyen 41

Membuat perhubungan dengan musuh

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 52 of 129
Seksyen 41

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan niat hendak membantu musuh, membuat perhubungan dengan musuh atau memberi perisikan kepada musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang membuat perhubungan dengan musuh atau memberi perisikan kepada musuh tanpa kebenaran boleh,

Akta Angkatan Tentera 55

apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “perisikan” ertinya maklumat yang atau yang berupa sebagai maklumat mengenai apa-apa perkara yang maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna kepada musuh secara langsung atau tidak langsung, dan khususnya (tetapi dengan tidak menyentuh keluasan peruntukan yang disebut terdahulu)

mengenai apa-apa perkara yang termasuk di bawah perenggan yang berikut, iaitu sesuatu perkara yang maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna seperti yang disebut terdahulu, iaitu:

(a)

bilangan, perihalan, persenjataan, alat kelengkapan, penempatan pergerakan atau keadaan mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera itu atau mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka

Baginda atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama itu;

(b)

apa-apa gerakan atau gerakan yang dirancang bagi mana-mana angkatan, kapal atau kapal udara itu seperti yang disebut terdahulu;

(c)

apa-apa kod, huruf rahsia, isyarat panggilan, kata jodoh atau kata laluan;

(d)

apa-apa langkah bagi mempertahankan atau memperkukuh mana-mana tempat bagi pihak Seri Paduka

Baginda;

(e)

bilangan, perihalan atau tempat mana-mana tawanan perang;

(f)

kelengkapan perang.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

Kesalahan terhadap semangat