Seksyen 45
Kesalahan yang berhubungan dengan bekalan
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a)
melakukan keganasan terhadap mana-mana orang yang membawa barang atau bekalan kepada mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya;
Akta Angkatan Tentera 59
(b)
dengan cara tidak teratur menahan apa-apa barang atau bekalan yang dibawa kepada mana-mana unit atau elemen lain angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya;
(c)
dengan cara tidak teratur menguntukkan unit atau elemen lain angkatan tentera yang dia berkhidmat apa-apa barang atau bekalan yang dihantar kepada mana-mana unit lain atau elemen lain dalam angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2)
Dalam seksyen ini ungkapan “apa-apa barang atau bekalan”
termasuklah mana-mana kapal, kenderaan, kapal udara, binatang, misil, senjata, peluru, alat kelengkapan, pakaian dan apa-apa jenis benda yang dimaksudkan untuk kegunaan angkatan tentera.
Penjarahan