Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

429. Siasatan tentang urusan syarikat, dsb

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh, atas permohonan pengurus kehakiman, memanggil supaya hadir di hadapannya—

(a)

mana-mana pegawai syarikat;

(b)

mana-mana orang yang diketahui atau disyaki mempunyai dalam milikannya apa-apa harta syarikat;

(c)

mana-mana orang yang dikatakan berhutang dengan syarikat; atau

Syarikat 503

(d)

mana-mana orang yang pada fikiran Mahkamah boleh memberikan maklumat mengenai penganjuran, penubuhan, perniagaan, urusan, hal ehwal atau harta syarikat, dan Mahkamah boleh menghendaki mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d) supaya mengemukakan suatu afidavit kepada Mahkamah yang mengandungi suatu keterangan tentang urusannya dengan syarikat itu atau supaya memberikan apa-apa buku, surat atau rekod lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang berhubungan dengan syarikat itu atau perkara yang disebut dalam perenggan (d).

(2)

Dalam hal jika seseorang, tanpa alasan yang munasabah, tidak hadir di hadapan Mahkamah apabila orang itu dipanggil untuk berbuat demikian di bawah seksyen ini atau terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang telah melarikan diri, atau hampir-hampir melarikan diri, dengan tujuan untuk mengelak kehadirannya di hadapan Mahkamah di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh, bagi maksud membawa orang itu dan apa-apa jua dalam milikannya ke hadapan Mahkamah, menyebabkan suatu waran dikeluarkan—

(a)

bagi penangkapan orang itu; dan

(b)

bagi penyitaan apa-apa buku, surat, rekod, wang atau barang dalam milikan orang itu, dan boleh membenarkan seseorang yang ditangkap di bawah waran itu ditahan, dan apa-apa jua yang disita di bawah waran itu hendaklah dipegang sehingga orang itu dibawa ke hadapan Mahkamah di bawah waran itu atau sehingga apa-apa tempoh lain sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

(3)

Mana-mana orang yang hadir di atau dibawa ke hadapan

Mahkamah di bawah seksyen ini boleh diperiksa secara bersumpah, sama ada secara lisan atau melalui soal siasat, mengenai syarikat atau perkara yang disebut dalam perenggan (1)(d).

(4)

Jika Mahkamah mendapati, selepas menimbangkan apa-apa keterangan yang diperoleh di bawah seksyen ini bahawa mana-mana

504 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

orang mempunyai dalam milikannya apa-apa harta syarikat,

Mahkamah boleh, atas permohonan pengurus kehakiman, mengarahkan orang itu supaya menyerahkan harta itu kepada pengurus kehakiman itu pada bila-bila masa, dengan apa-apa cara dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(5)

Jika Mahkamah mendapati, setelah menimbangkan apa-apa keterangan yang diperoleh di bawah seksyen ini, bahawa mana-mana orang berhutang dengan syarikat, Mahkamah boleh, atas permohonan pengurus kehakiman, selepas memeriksa orang itu mengenai perkara itu, mengarahkan orang itu supaya membayar kepada pengurus kehakiman itu, pada bila-bila masa dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, keseluruhan atau apa-apa bahagian amaun yang kena dibayar, sama ada menjelaskan hutang itu dengan sepenuhnya atau selainnya, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules