Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

428. Kewajipan untuk bekerjasama dengan pengurus kehakiman

Feedback & support
(1)

Orang yang—

(a)

sedang atau telah pada bila-bila masa menjadi pegawai syarikat;

(b)

mengambil bahagian dalam penubuhan syarikat pada bila-bila masa dalam masa satu tahun sebelum tarikh perintah pengurusan kehakiman;

502 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(c)

bekerja dengan syarikat termasuklah seseorang yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan, atau telah bekerja dengan syarikat dalam tahun itu; dan

(d)

pada pendapat pengurus kehakiman berupaya untuk memberikan maklumat yang dikehendaki hendaklah—

(i)

memberi pengurus kehakiman apa-apa maklumat mengenai syarikat dan penganjuran, penubuhan, perniagaan, urusan, hal ehwal atau harta syarikat itu sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh pengurus kehakiman pada bila-bila masa selepas tarikh perintah pengurusan kehakiman; dan

(ii)

berurusan dengan pengurus kehakiman pada bila-bila masa sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh pengurus kehakiman itu.

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar mana-mana obligasi yang dikenakan oleh seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules