Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
427. Penghantarserahan dan penyitaan harta
Feedback & supportJika mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2)
mempunyai dalam milikannya atau kawalannya apa-apa harta, buku, surat atau rekod yang syarikat didapati berhak kepadanya, Mahkamah boleh menghendaki orang itu dengan serta-merta, atau dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah supaya membayar, menghantar serah, memindahhakkan, menyerahkan atau memindahkan harta, buku, surat atau rekod itu kepada pengurus kehakiman.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
seorang penyumbang atau anggota syarikat;
mana-mana orang yang dahulunya memegang jawatan sebagai penerima atau penerima dan pengurus bagi harta syarikat;
mana-mana pemegang amanah bagi, atau mana-mana jurubank, ejen atau pegawai, syarikat; dan
Syarikat 501
mana-mana orang lain yang mempunyai dalam milikannya atau kawalannya apa-apa harta, buku, surat atau rekod yang syarikat didapati berhak kepadanya.
Jika—
pengurus kehakiman menyita atau melupuskan apa-apa harta yang bukan harta syarikat; dan
pada masa penyitaan atau pelupusan pengurus kehakiman mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa pengurus kehakiman berhak, sama ada di bawah suatu perintah Mahkamah atau selainnya, untuk menyita atau melupuskan harta itu, pengurus kehakiman tidak bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan akibat daripada penyitaan atau pelupusan itu kecuali setakat yang kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh kecuaian pengurus kehakiman itu dan pengurus kehakiman itu hendaklah mempunyai lien ke atas harta itu, atau hasil daripada jualannya, bagi apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang ditanggung berkaitan dengan penyitaan atau pelupusan itu.
Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar apa-apa obligasi yang dikenakan oleh seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.