Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

430. Pemakaian peruntukan tentang penggulungan syarikat di bawah pengurusan kehakiman

Feedback & support
(1)

Pada bila-bila masa apabila suatu perintah pengurusan kehakiman berkuat kuasa berhubung dengan suatu syarikat di bawah pengurusan kehakiman, seksyen 536, 537, 538 dan 539 hendaklah terpakai seolah-olah syarikat di bawah pengurusan kehakiman itu merupakan suatu syarikat yang digulung dan pengurus kehakiman merupakan penyelesai.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk memerintahkan bahawa mana-mana seksyen lain dalam

Subpenggal 4 Penggal 2 Bahagian IV hendaklah terpakai bagi suatu syarikat di bawah pengurusan kehakiman seolah-olah seksyen dalam Subpenggal 4 Penggal 2 Bahagian IV terpakai dalam penggulungan oleh Mahkamah; dan

(b)

apa-apa sebutan mengenai penyelesai hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai pengurus kehakiman dan apa-apa sebutan mengenai penyumbang hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai anggota syarikat.

Syarikat 505

Perlindungan Barangan dan Perkhidmatan Perlu

Perlindungan barangan dan perkhidmatan perlu

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules