Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
430A. Section 430A
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), suatu klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam mana-mana kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu hendaklah tidak boleh dilaksanakan terhadap mana-mana syarikat.
Seseorang pembekal yang berhasrat untuk menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam suatu kontrak hendaklah memaklumkan hasratnya untuk memelihara haknya di bawah klausa yang berkaitan dengan insolvensi itu kepada syarikat secara bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi mengikut kontrak itu.
Seksyen ini tidak menghalang pembekal daripada menjalankan haknya yang lain, termasuk hak untuk menerima bayaran bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang diberikan kepada suatu syarikat, di bawah kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“klausa yang berkaitan dengan insolvensi” ertinya suatu terma kontrak yang—
membenarkan penamatan automatik suatu kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, ubah suaian hak antara pembekal dan syarikat di bawah kontrak semata-mata kerana syarikat itu menjadi tertakluk pada prosiding berhubung dengan kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman; atau
membenarkan pembekal untuk menamatkan kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan
506 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
barangan dan perkhidmatan perlu, menguatkuasakan apa-apa hak atau mengubah mana-mana obligasi di bawah suatu kontrak semata-mata kerana syarikat itu menjadi tertakluk pada prosiding berhubung dengan kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman;
“barangan dan perkhidmatan perlu” ertinya barangan dan perkhidmatan perlu yang dinyatakan dalam
Jadual
Kesembilan A.