/akn/my/act/act/1998/582

AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1998
Sections
94
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998 is Malaysia Act, cited as Act 582 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (Pemerbadanan) 1976 dan Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979; untuk membubarkan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit, Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia; untuk menubuhkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan untuk membuat peruntukan yang lebih baik berkenaan dengan industri kelapa sawit Malaysia. [1 Mei 2000, P.U. (B) 129/2000] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

8

Undang-Undang Malaysia

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“anggota” ertinya anggota Lembaga dan termasuklah anggota silih ganti;

“bahan tanaman kelapa sawit” ertinya biji benih kelapa sawit, anak benih kelapa sawit dan tumbuh-tumbuhan daripada tisu kelapa sawit;

“buah kelapa sawit” ertinya buah kelapa sawit yang belum diproses, sama ada bertandan atau tercerai;

“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil daripada kegiatan penyelidikan dan kemajuan dan termasuklah reka cipta dan kemajuan dalam apa-apa proses, radas, jentera atau teknik;

“hari ditetapkan” ertinya hari Akta ini, atau jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian VIII mula berkuat kuasa;

“industri kelapa sawit” ertinya apa-apa industri yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit, pengeluaran keluaran kelapa sawit, dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya;

“juruanalisis” ertinya seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 60;

“kelapa sawit” ertinya spesies palma daripada genus Elaeis atau apa-apa genus palma yang mengandungi minyak dan termasuklah kacukan spesies ini, kacukan yang terhasil daripada pengacukan spesies atau kacukan ini dengan apa-apa spesies atau kacukan tumbuh-tumbuhan lain, dan bentuk spesies atau kacukan ini yang dihasilkan daripada kejuruteraan genetik;

“keluaran kelapa sawit” ertinya apa-apa keluaran yang diperoleh secara lansung daripada kelapa sawit atau yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperbuat atau diterbitkan daripada keluaran itu dan termasuklah minyak sawit, isirung sawit, bungkil isirung

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 9

sawit, tempurung kelapa sawit, asid lemak sawit, bahan tanaman kelapa sawit, buah kelapa sawit, gentian kelapa sawit, tandan hampas kelapa sawit, pelepah kelapa sawit, batang kelapa sawit, akar kelapa sawit, papan gentian berasaskan kelapa sawit, pulpa dan kertas yang berasaskan kelapa sawit dan bahan kimia yang berasaskan kelapa sawit;

“kenderaan” ertinya apa-apa kereta, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 19;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Minyak

Sawit Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 32;

“laut” termasuklah perairan pedalaman;

“Lembaga” ertinya Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“minyak sawit” ertinya minyak, sama ada dalam bentuk mentah atau yang diproses, yang berasal atau yang diekstrak daripada perikarpa buah kelapa sawit, dan termasuklah minyak, sama ada dalam bentuk mentah atau yang diproses, yang berasal atau yang diekstrak daripada isirung buah kelapa sawit;

“pegawai diberi kuasa” ertinya—

(a)

seseorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 44;

Suggest a correction

(b)

seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor; atau

Suggest a correction

(c)

seseorang pegawai kastam;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 6;

“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 35.

10

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Matlamat Lembaga adalah—

(a)

untuk memajukan dan membangunkan industri kelapa sawit Malaysia; dan

Suggest a correction

(b)

untuk memajukan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kelapa sawit

Malaysia dengan cara yang teratur.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Fungsi Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 4

Fungsi Lembaga adalah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan daya maju industri kelapa sawit Malaysia;

Suggest a correction

(b)

untuk menjalankan dan menggalakkan kegiatan penyelidikan dan kemajuan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pemakaian, penggunaan dan pemasaran kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(c)

untuk merancang, menyelaras, melaksanakan dan mengawasi

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 11

segala kegiatan penyelidikan dan kemajuan tentang kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(d)

untuk mengawal selia, mendaftarkan, menyelaras dan menggalakkan segala kegiatan yang berhubungan dengan penanaman, pembekalan, penjualan, pembelian, pengagihan, pergerakan, penyimpanan, pengukuran, pengujian, pemeriksaan, pembrokeran, pengeksportan dan pengimportan keluaran kelapa sawit, dan pengilangan buah kelapa sawit;

Suggest a correction

(e)

untuk memajukan dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan bagi manfaat industri kelapa sawit dan untuk menggalakkan pemakaian dapatan penyelidikan secara komersial;

Suggest a correction

(f)

untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat dan perundingan bagi industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(g)

untuk menggalakkan pemasaran dan pengendalian cekap bagi keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(h)

untuk memajukan dan menyenggarakan pasaran bagi keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(i)

untuk menggalakkan, mengawal dan mengawasi langkah-langkah untuk mencapai mutu yang tinggi bagi keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(j)

untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(k)

untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan badan lain di dalam atau di luar Malaysia bagi mempertingkatkan lagi industri kelapa sawit Malaysia;

Suggest a correction

(l)

untuk menjalankan penyelidikan dan kemajuan tentang biji minyak dan minyak serta lemak yang lain selain minyak sawit jika penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk mempertingkatkan industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(m)

untuk mengumpulkan maklumat dan menyenggarakan rekod mengenai segala perkara yang berkaitan berhubungan dengan industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(n)

untuk menjadi pusat sumber dan maklumat bagi industri kelapa sawit;

12

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(o)

untuk menerbitkan atau menganjurkan penerbitan jurnal, terbitan berkala, buku kecil dan penerbitan lain dan untuk mengumpulkan, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan kelapa sawit, keluaran kelapa sawit dan minyak serta lemak tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang lain;

Suggest a correction

(p)

untuk menjalankan penyelidikan dan kemajuan dalam apa-apa bidang lain jika hasil penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk memberikan manfaat kepada industri kelapa sawit; dan

Suggest a correction

(q)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 5

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mengusahakan dan menyelaraskan kegiatan yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan dalam penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pemakaian, penggunaan dan pemasaran kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit termasuk sisa kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit, dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya;

Suggest a correction

(b)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan berhubungan dengan penyelidikan, penyiasatan, pengujian, perkhidmatan nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang difikirkannya patut untuk menunaikan fungsinya;

Suggest a correction

(d)

untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Lembaga atau berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi;

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 13

Suggest a correction

(e)

untuk mentauliahkan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau kemajuan, atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(f)

untuk memberikan perakuan kecekapan berkenaan dengan program latihan dan program bertauliah;

Suggest a correction

(g)

untuk mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa kegiatan yang difikirkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan industri kelapa sawit Malaysia;

Suggest a correction

(h)

untuk mengawal selia industri kelapa sawit, termasuk dengan melaksanakan skim pendaftaran dan pelesenan;

Suggest a correction

(i)

untuk menetapkan piawaian atau gred kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit; dan

Suggest a correction

(j)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(b)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri kelapa sawit, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;

Suggest a correction

(c)

seorang wakil Perbendaharaan, yang dinamakan oleh

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan;

Suggest a correction

(d)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan industri, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;

Suggest a correction

(e)

seorang wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956

[Akta 474], yang dinamakan oleh Pengerusi Lembaga;

Suggest a correction

(f)

seorang wakil sektor pekebun kecil industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(g)

dua orang wakil pengeluar kelapa sawit;

14

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(k)

empat orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan industri kelapa sawit; dan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

Seksyen 8

Anggota silih ganti

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota silih ganti yang hendak dilantik berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hingga 6(k)

hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan itu.

Suggest a correction

(3)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota

Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 15

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)

atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.

Suggest a correction

(4)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga Pengerusi dan orang yang menjalankan fungsi Pengerusi kedua-duanya tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Pembatalan dan peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

16

Undang-Undang Malaysia

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

Suggest a correction

(f)

sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;

atau

Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 6 dan 7.

Anggota Lembaga tidak menanggung liabiliti

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Tiada anggota Lembaga boleh menanggung liabiliti sendiri bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga, melainkan jika kehilangan atau kerugian itu disebabkan oleh suatu perbuatan salah yang diniatkan olehnya.

Seksyen 13

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 17

Seksyen 14

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 15

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh memberikan arahan am yang selaras dengan

Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan arahan sedemikian.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh

Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain, suatu laporan yang memperkatakan kegiatan Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Pewakilan fungsi, kuasa dan kewajipan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;

atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua

Pengarah—

(a)

kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 22; dan

Suggest a correction

(b)

kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan

Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Lembaga.

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 18

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 19

Suggest a correction

(4)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).

Suggest a correction

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu tetapi orang yang diundang sedemikian tidaklah berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.

Suggest a correction

(6)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh

Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(8)

Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

Suggest a correction

(9)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada

Pengerusi Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN

Suggest a correction

PEKHIDMAT LEMBAGA

Pelantikan Ketua Pengarah

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Lembaga atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 20

Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan sepatutnya hal ehwal Lembaga;

Suggest a correction

(i)

segala program, skim, projek dan kegiatan;

(ii)

anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa Ketua

Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), jika jawatan Timbalan Ketua

Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan

Timbalan Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(b)

melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Suggest a correction

(4)

Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta.

Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 22

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 21

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.

Seksyen 23

Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua

Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian.

22

Undang-Undang Malaysia

Jawatankuasa tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib

Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—

Suggest a correction

(i)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

(ii)

sekurang-kurangnya dua orang anggota Lembaga, yang tidak boleh termasuk Ketua Pengarah, yang ditentukan di kalangan anggota itu sendiri; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi golongan berlainan pegawai dan pekhidmat Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b):

(a)

jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga, atau pegawai Lembaga, atau apa-apa gabungan anggota dan pegawai itu; dan

Suggest a correction

(b)

seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)

hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Suggest a correction

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2)

hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 23

dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 26.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 24(2)(b) bolehlah dirayukan kepada Lembaga

Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

Suggest a correction

(b)

tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud Rayuan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Suggest a correction

(4)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (2), seseorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja;

Suggest a correction

(c)

hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

Suggest a correction

(i)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan

Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

Suggest a correction

(iii)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 25

Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;

dan

Suggest a correction

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Pengenaan surcaj

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

Suggest a correction

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

Suggest a correction

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Suggest a correction

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

26

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Pemberitahuan surcaj

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 28

Lembaga boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu—

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan di bawah subseksyen 27(3) mengenai surcaj itu.

Seksyen 29

Penarikan balik surcaj

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun subseksyen 27(3) dan seksyen 28, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcajkan itu mengenai penarikan balik itu.

Seksyen 30

Mendapatkan surcaj

Open as pageSuggest a correction

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 27(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 29 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang disurcajkan itu dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman

Lembaga dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, didapatkan melalui potongan—

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 27

satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Ketua Pengarah, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 27 hingga 30 tidak boleh termasuk Ketua Pengarah.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud

Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana

Kerajaan Negeri;

Suggest a correction

(b)

wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(c)

wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

Suggest a correction

(f)

wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;

28

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(g)

wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 35;

Suggest a correction

(h)

wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 71;

Suggest a correction

(i)

wang yang dipungut oleh Lembaga di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(j)

wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(k)

derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar

Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia;

dan

Suggest a correction

(l)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 33

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk—

Suggest a correction

(i)

saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(ii)

perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat

Lembaga;

Suggest a correction

(iii)

kos yang dilakukan dalam membuat peruntukan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

menyumbang kepada badan atau organisasi yang dianggotai oleh Lembaga;

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 29

Suggest a correction

(d)

menyumbang kepada organisasi yang berhubungan dengan industri kelapa sawit yang ditentukan oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

membiayai biasiswa bagi pendidikan tinggi yang diluluskan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(f)

memberikan pinjaman atau bantuan kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(g)

memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(h)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh

Lembaga pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(i)

tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pemasaran keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(j)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(k)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;

Suggest a correction

(l)

membayar apa-apa hadiah di bawah seksyen 75; dan

Suggest a correction

(m)

pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 34

Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya pasti bahawa jumlah hasil Lembaga cukup untuk membayar semua jumlah wang yang dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun.

30

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 35

Ses atas keluaran kelapa sawit

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), ses yang dikenakan melalui perintah itu hendaklah, bagi maksud pemungutannya dan bagi penguatkuasaan pemungutannya, disifatkan sebagai suatu duti kastam di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235].

Suggest a correction

(3)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred keluaran kelapa sawit yang berlainan berhubungan dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(5)

Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Permulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dia dikehendaki membuatnya oleh Akta ini.

Suggest a correction

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (5), mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah

*CATATAN—Mana-mana perundangan subsidiari yang telah dibuat oleh Menteri sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini diisytiharkan telah dibuat dengan sah dan menurut undang-undang walau apa pun subseksyen 35(1) Akta ini tidak mengandungi perkataan “orang atau golongan orang”–lihat subseksyen 2(2) dan seksyen 3 dan 4 di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pindaan)

2004 [Akta A1222] yang memperuntukkan pengesahan perundangan subsidiari Akta yang dimansuhkan dan pengesahan ses.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 31

subseksyen (4) boleh memerintahkan orang itu membayar kepada

Lembaga jumlah amaun ses yang diperakui oleh pegawai kewangan

Lembaga sebagai kena dibayar oleh orang itu pada tarikh sabitan itu.

Suggest a correction

(8)

Ses yang kena dibayar di bawah subseksyen (7) hendaklah, bagi maksud pemungutannya, disifatkan sebagai suatu denda dan hendaklah didapatkan mengikut seksyen 283 Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi kegiatan penyelidikan dan kemajuan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Suggest a correction

Seksyen 37

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] adalah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

32

Undang-Undang Malaysia

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 38

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri

Open as pageSuggest a correction

Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.

Seksyen 39

Pelaburan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian sebagaimana yang perlu untuk menghasilkan pendapatan yang dikehendaki bagi pengendalian Lembaga.

Pengkomersialan dapatan penyelidikan

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh menjadikan tersedia apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga untuk mana-mana orang atau badan tertakluk kepada apa-apa syarat dan kepada pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, bagi maksud mengkomersialkannya.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara,

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 33

jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Seksyen 42

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Open as pageSuggest a correction

Kewangan, memberikan pinjaman pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya, dan mengemukakan kepada

34

Undang-Undang Malaysia orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat kad kuasa yang diarahkan oleh

Ketua Pengarah supaya dibawa oleh pegawai itu.

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Seksyen 46

Kuasa penangkapan

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam perlakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai diberi kuasa sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, jika orang itu enggan atau tidak memberikan nama dan alamat orang itu atau jika terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu telah memberikan nama atau alamat palsu atau bahawa orang itu berkemungkinan melarikan diri.

Penggeledahan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu;

Suggest a correction

(b)

mengambil sampel apa-apa keluaran kelapa sawit atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

Suggest a correction

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat sedemikian,—

(a)

memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;

Suggest a correction

(b)

masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

Suggest a correction

(c)

memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukan;

dan

Suggest a correction

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di premis itu sehingga tempat itu telah digeledah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau

36

Undang-Undang Malaysia memindahkan keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 48

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 35

Open as pageSuggest a correction

Jika seorang pegawai diberi kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 47 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 47 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 49

Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah kenderaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa,—

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 37

(a)

memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksanya; dan

Suggest a correction

(b)

membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Senarai benda disita

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika premis telah digeledah di bawah seksyen 47 atau 48, penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika kenderaan telah disita di bawah seksyen 49, orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu.

Suggest a correction

(2)

Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Kuasa untuk memasuki premis

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 47 dan 48, seorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—

(a)

memeriksa apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;

38

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

mengesahkan ketepatan rekod atau kenyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; atau

Suggest a correction

(c)

memungut sampel apa-apa keluaran kelapa sawit.

Pemulangan sementara kenderaan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan balik kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta; atau

Suggest a correction

(b)

melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penjualan dan pelupusan keluaran kelapa sawit yang disita

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(a)

keluaran kelapa sawit itu adalah daripada jenis mudah rosak atau mutunya mudah merosot;

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 39

Suggest a correction

(b)

penjagaan keluaran kelapa sawit itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;

Suggest a correction

(c)

terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan keluaran kelapa sawit itu; atau

Suggest a correction

(d)

keluaran kelapa sawit itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh juruanalisis membuktikan, bahawa keluaran kelapa sawit yang diuji olehnya tercemar, pegawai yang menyita itu boleh menyimpannya dalam penjagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan keluaran kelapa sawit itu, menyebabkan supaya ia dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita boleh dilucuthakkan

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

Seksyen 55

Hak harta mengenai keluaran kelapa sawit, dsb., yang dilucuthakkan

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau yang diambil dan disifatkan dilucuthakkan di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta Lembaga.

Seksyen 56

Pelucuthakan atau pelepasan keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tidak ada pendakwaan akan dimulakan berkenaan dengan apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang dalam penjagaannya ia dipegang hendaklah memberitahu orang yang daripadanya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita tentang hakikat itu dan tentang peruntukan seksyen 57.

Suggest a correction

(4)

Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah bertulis dan hendaklah dihantar ke alamat terakhir diketahui orang yang berkenaan.

Suggest a correction

(5)

Jika tiada tuntutan dibuat di bawah seksyen 57 dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut dalam subseksyen (3), keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tempoh itu tamat.

Tuntutan bagi keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, merujukkan perkara itu kepada Majistret.

Suggest a correction

(3)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya dibuktikan, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

Suggest a correction

(4)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

Suggest a correction

(6)

Lembaga tidak menanggung liabiliti kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu apa-apa keluaran kelapa sawit yang disita di bawah Akta ini.

42

Undang-Undang Malaysia

Pelepasan keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 57, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Bahagian ini dilepaskan kepada orang yang daripada pemilikan, penjagaan atau kawalannya ia disita.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

Industri kelapa sawit Malaysia hendaklah dikawal selia mengikut peratutan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 60

Pelantikan juruanalisis

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Pemeriksaan atau pengujian berkadar keluaran kelapa sawit yang disita

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa baki jenis, perihalan atau bungkusan keluaran kelapa sawit itu adalah serupa dengan keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian, gred atau selainnya sampel keluaran kelapa sawit yang diperiksa atau diuji.

Kos memegang keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam penjagaan Lembaga atau Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam penjagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada

Lembaga atau Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

Seksyen 63

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 64

Kuasa tambahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen itu;

Suggest a correction

(b)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan-peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mengamang atau menghalang pegawai diberi kuasa menjadi kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 65

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan atau merosakkan atau memusnahkan apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain untuk menghalang penyitaannya atau penyimpanan selamat keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 45

Kewajipan menyimpan kerahsiaan

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Maklumat palsu

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 68

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan

46

Undang-Undang Malaysia kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Penalti am

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “Akta ini” tidak termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Persubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Mengkompaun kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 71

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

, tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat dan apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

Permulaan dan penjalanan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Seksyen 74

Perlindungan pegawai

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.

Hadiah

Suggest a correction

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya dibayar apa-apa hadiah sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau berkaitan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 49

Seksyen 76

Perlindungan pemberi maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

dan (3), tiada saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.

Suggest a correction

(2)

Jika apa-apa buku, rekod atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

Suggest a correction

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Kuasa untuk membuat pengecualian

Suggest a correction

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

(a)

menetapkan cara untuk memohon lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara pelesenan dan pemerakuan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat yang hendaklah dikenakan dan bentuk lesen, perakuan, permit dan kelulusan;

Suggest a correction

(b)

menetapkan piawaian bagi pemprosesan dan kaedah bagi mengawet, menggredkan atau membungkus keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(c)

menetapkan piawaian atau gred keluaran kelapa sawit dan mengadakan peruntukan untuk memberikan kuat kuasa kepada piawaian dan gred itu, termasuk peruntukan bagi atau berhubungan dengan pelabelan;

Suggest a correction

(d)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport keluaran kelapa sawit;

Suggest a correction

(e)

mengadakan peruntukan bagi penyelenggaran piawaian kelakuan yang sepatutnya dalam menjalankan dagangan keluaran kelapa sawit dan industri kelapa sawit dan bagi menguruskan pelanggarannya;

Suggest a correction

(f)

menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri kelapa sawit;

Suggest a correction

(g)

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran kontrak yang berhubungan dengan penjualan dan pembelian keluaran kelapa sawit dan butir-butir kontrak itu;

Suggest a correction

(h)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti untuk mentadbir

Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(j)

menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;

Suggest a correction

(l)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 51

Suggest a correction

(m)

mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana kegiatan Lembaga dan pada amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(n)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

Suggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan

Akta

Suggest a correction

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak memberi kuasa pelantikan anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat memberi kuasa pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

Suggest a correction

Pemansuhan dan pembubaran

Seksyen 80

Akta Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa

Open as pageSuggest a correction

52

Undang-Undang Malaysia

Sawit (Pemerbadanan) 1976 [Akta 179] dan Akta Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979 [Akta 218] (“Akta-Akta dimansuhkan”) dimansuhkan dan Lembaga Pendaftaran dan

Pelesenan Minyak Kelapa Sawit dan Lembaga Penyelidikan dan

Kemajuan Minyak Kelapa Sawit (“Lembaga-Lembaga dibubarkan”)

serta Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (“Institut dibubarkan”) dibubarkan.

Pemindahan kuasa, dsb.

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga-Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan hendaklah dari hari itu turun kepada

Lembaga.

Seksyen 82

Pemindahan harta

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada Lembaga-Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak

Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.

Kontrak sedia ada

Suggest a correction

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan bekerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan di bawah seksyen 82 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Lembaga dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga-Lembaga dibubarkan

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 53

atau Institut dibubarkan, Lembagalah yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.

Seksyen 84

Pemindahan wang dalam kumpulan wang

Open as pageSuggest a correction

Segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Lembaga-Lembaga dibubarkan yang ditubuhkan di bawah

Akta-Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 32 Akta ini.

Seksyen 85

Keanggotaan Lembaga-Lembaga dibubarkan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga-Lembaga dibubarkan yang terhenti memegang jawatan dan dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas hari ditetapkan, Lembaga-Lembaga dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada

Menteri laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan masing-masing, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan sehingga hari sebelum hari ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun seksyen 80, Lembaga-Lembaga dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2).

Penerusan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

Orang yang pada hari ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga-Lembaga dibubarkan atau

Institut dibubarkan di bawah Akta-Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah subseksyen 21(1)

Akta ini atas terma dan syarat yang sama bagi tempoh yang akan habis tempoh pada hari yang padanya pelantikannya di bawah

Akta-Akta dimansuhkan sepatutnya habis tempoh.

54

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 87

Kecualian bagi lesen dan daftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap lesen yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini; dan

Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Lembaga mengenai pengenaan syarat tentang pelesenan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Jika seseorang yang disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini di bawah subseksyen (1) berhasrat dilesenkan di bawah Akta ini selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan dilesenkan di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk dilesenkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen.

Suggest a correction

(5)

Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah

Akta-Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya.

Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai

Suggest a correction

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah

Akta-Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta-Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan hendaklah pada hari ditetapkan diserah simpan dengan Lembaga.

Penerusan prosiding sivil dan jenayah

Suggest a correction

Seksyen 89

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 55

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga-Lembaga dibubarkan atau

Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Lembaga-Lembaga dibubarkan, Institut dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga.

Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai

Lembaga-Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan

Suggest a correction

Seksyen 90

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebelum hari ditetapkan mengenai

Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga.

56

Undang-Undang Malaysia

Seksyen 91

Penerusan penggunaan nama

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada orang lain boleh menggunakan nama “Institut

Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia” atau “PORIM”

kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Pencegahan anomali

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 57

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 3(3)]

Mesyuarat

1. (1)

Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tiga bulan pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2)

Notis bertulis sekurang-kurangnya empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga.

(4)

Kuorum Lembaga ialah tujuh orang.

(5)

Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi.

(6)

Jika atas suatu persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Elaun

2. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh

Menteri.

Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

3. (1)

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidaklah berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga.

Meterai Perbadanan

4. (1)

Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Malaysian Palm Oil Board” atau “Lembaga Minyak

Sawit Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua

58

Undang-Undang Malaysia

Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa;

dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak

Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

5. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingannya itu kepada

Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan

Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Minit

6. (1)

Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan perbuatan dan prosiding

7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 59

(a)

ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

(b)

ada pelanggaran peruntukan perenggan 5 oleh mana-mana anggota

Lembaga; atau

(c)

ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Tatacara

8. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga

9. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Lembaga sebanyak yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

Pelantikan hendaklah disiarkan

10. Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 43(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 43, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan perbadanan itu; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan

Lembaga ke atas perbadanan itu.

Batasan kuasa menubuhkan perbadanan

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi kuasa

Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa maksud atau

60

Undang-Undang Malaysia tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Kuat kuasa peraturan-peraturan

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 78, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1

berkenaan dengan mana-mana perbadanan.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 43

dan daftar itu, berserta dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, adalah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 43 adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu dan, bagi

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 61

maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang baginya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak, dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.

Meterai perbadanan

8. (1)

Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang didapati patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan itu.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh orang itu;

dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan mengikut cara yang serupa;

dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai perbadanan tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

62

Undang-Undang Malaysia

Akta 582

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1222

Akta Lembaga Minyak Sawit

Malaysia (Pindaan) 2004 02-07-2004

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 63

Akta 582

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 35

Akta A1222 02-07-2004

KUALA LUMPUR

JW230 10-05-2011

Common questions

What is MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998?
AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998 is Malaysia Act, cited as Act 582 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.
Is MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 still in force?
Yes — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 is currently in force.
When did MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 take effect?
MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 was first recorded in 1998.
How many sections does MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 have?
MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 contains 92 sections.
Where can I read the official version of MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998?
The official text of MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 is published at lom.agc.gov.my.