Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
107A. Laporan mengenai status penyiasatan
Feedback & supportMana-mana orang yang telah memberikan maklumat di bawah seksyen 107 boleh meminta suatu laporan mengenai status penyiasatan bagi kesalahan yang diadukan dalam maklumatnya daripada pegawai yang menjaga sesuatu balai polis yang maklumat itu telah diberikan olehnya.
94
Undang-Undang Malaysia
Pegawai yang menjaga sesuatu balai polis itu hendaklah memberikan suatu laporan status mengenai penyiasatan bagi kesalahan itu kepada pemberi maklumat itu tidak lewat daripada dua minggu daripada penerimaan permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Walau apa pun subseksyen (2), tiada pegawai yang menjaga sesuatu balai polis boleh dikehendaki untuk menyediakan suatu laporan status mengenai penyiasatan sesuatu kesalahan—
melainkan jika kesalahan yang diadukan itu merupakan suatu kesalahan boleh tangkap;
melainkan jika tempoh empat minggu telah luput dari tarikh pemberian maklumat di bawah seksyen 107; dan
yang mengandungi apa-apa perkara yang berkemungkinan memudaratkan penyiasatan kesalahan itu atau pendakwaan bagi kesalahan itu.
Jika suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) dan pegawai yang menjaga balai polis itu telah gagal memberikan suatu laporan status kepada pemberi maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tetapi tertakluk pada subseksyen (3), pemberi maklumat itu boleh membuat suatu laporan kepada Pendakwa
Raya tentang kegagalan itu.
Apabila laporan di bawah subseksyen (4) diterima, Pendakwa
Raya hendaklah mengarahkan Pegawai penjaga Daerah Polis supaya memberinya suatu laporan status yang terperinci mengenai penyiasatan yang telah dijalankan oleh polis itu berhubung dengan kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat itu.
Pendakwa Raya hendaklah menyebabkan supaya diberikan kepada pemberi maklumat itu, atau mengarahkan Pegawai penjaga
Daerah Polis supaya memberi pemberi maklumat itu, suatu laporan status yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendakwa Raya.
Kanun Tatacara Jenayah 95