Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
108. Tatacara dalam kes tidak boleh tangkap
Feedback & supportApabila maklumat yang disebut terdahulu berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan tidak boleh tangkap, pegawai itu hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu kepada seorang
Majistret.
Tiada pegawai polis boleh, dalam sesuatu kes tidak boleh tangkap, menjalankan apa-apa kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah
Pendakwa Raya.
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga sesuatu balai polis yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa yang sama berkenaan dengan penyiasatan itu, kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, sebagaimana yang boleh dijalankan oleh pegawai polis itu tanpa suatu perintah dalam suatu kes boleh tangkap.