Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
116C. Pemintasan komunikasi dan kebolehterimaan komunikasi yang dipintas
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa ia mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan, boleh memberi kuasa kepada seseorang pegawai polis—
untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos yang dalam perjalanan penghantaran melalui pos;
untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima melalui apa-apa komunikasi; atau
Kanun Tatacara Jenayah 103
untuk memintas, mendengar atau merakamkan apa-apa perbualan melalui komunikasi.
Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa apa-apa komunikasi mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan, boleh―
menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu yang diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau
memberi kuasa kepada pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan untuk memindahkan dan menyimpan peranti itu.
Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan, apa-apa maklumat yang didapati di bawah subseksyen (1) atau (2), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.
Suatu pemberian kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis, tetapi jika pemberian kuasa secara lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengubah pemberian kuasa itu ke dalam bentuk bertulis.
Mahkamah hendaklah mengambil kognisans mengenai apa-apa pemberian kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.