Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
110. Tatacara jika kesalahan boleh tangkap disyaki
Feedback & supportJika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seseorang pegawai yang menjaga sesuatu balai polis mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan boleh tangkap, dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Pendakwa Raya supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan suatu laporan mengenai kes itu dengan segera kepada Pendakwa Raya, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai bawahannya untuk pergi ke tempat itu untuk menyiasat fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang perlu bagi penemuan dan, jika suai manfaat, menangkap pesalah itu:
Dengan syarat seperti yang berikut―
apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan bagi apa-apa kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang melalui nama dan kes itu tidak bersifat serius, pegawai polis yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri atau mewakilkan seorang pegawai bawahannya untuk membuat siasatan di tempat itu;
jika didapati oleh pegawai polis yang menerima maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi bagi meneruskan atau meneruskan selanjutnya perkara itu, dia tidak boleh berbuat sedemikian.
Dalam setiap hal yang disebut dalam perenggan (a) dan (b), pegawai polis yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya yang tersebut, jika ada, sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.
Kanun Tatacara Jenayah 97
Jika seseorang pegawai polis menjalankan kuasa pewakilan yang diberikan oleh subseksyen (1), pegawai bawahan yang diwakilkan sedemikian tidak berhak untuk menggunakan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 111, 112, 116 dan 117.