Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
118. Pegawai polis boleh menghendaki bon bagi kehadiran pengadu dan saksi
Feedback & supportJika apabila suatu penyiasatan polis dibuat di bawah Bab ini didapati oleh pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan mengesyaki yang munasabah untuk mewajarkan prosiding jenayah dimulakan atau diteruskan terhadap mana-mana orang, pegawai itu hendaklah menghendaki pengadu itu, jika ada, dan sekian banyak orang yang didapati oleh pegawai itu mempunyai pengetahuan tentang hal keadaan kes itu, sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk menyempurnakan suatu bon supaya hadir di hadapan Mahkamah Majistret yang dinamakan dalam bon itu dan memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh itu.
Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkan bon itu ke Mahkamah Majistret itu.
Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon itu, pegawai itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada
Mahkamah Majistret yang boleh kemudiannya menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran
106
Undang-Undang Malaysia pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh itu.