Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
109. Penyiasatan dalam kes boleh tangkap
Feedback & support(1)
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga sesuatu balai polis boleh tanpa perintah Pendakwa Raya menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Bab ini dalam mana-mana kes boleh tangkap.
96
Undang-Undang Malaysia
(2)
Tiada prosiding oleh seseorang pegawai polis dalam mana-mana kes sedemikian boleh dipersoalkan pada apa-apa peringkat atas alasan bahawa kes itu merupakan satu kes yang pegawai itu tidak diberikan kuasa di bawah seksyen ini untuk menjalankan kuasa khas mengenai penyiasatan polis yang diberikan oleh Bab ini.