Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
111. Kuasa pegawai polis untuk menghendaki kehadiran saksi
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang daripada maklumat yang diberikan itu atau selainnya didapati mempunyai pengetahuan tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
(2)
Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai polis itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1274).