Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
116B. Capaian kepada data berkomputer
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah
Kanun ini hendaklah diberikan capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Apa-apa maklumat yang didapati di bawah subseksyen (1)
boleh diterima sebagai keterangan walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.