Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
119. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan
Feedback & supportTiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan polis di bawah Bab ini hendaklah dari sehari ke sehari mencatatkan prosidingnya dalam penyiasatan itu dalam suatu buku harian yang menyatakan—
masa yang arahan, jika ada, bagi penyiasatan sampai kepadanya;
masa yang dia memulakan dan menutup penyiasatan itu;
tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya; dan
suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta
Keterangan 1950, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, untuk meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:
Dengan syarat bahawa jika pegawai polis yang telah membuat penyiasatan itu merujuk buku harian itu bagi maksud seksyen 159 atau 160 Akta itu, hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh itu, dan Mahkamah itu hendaklah, atas permintaan pegawai itu, menyebabkan mana-mana catatan lain disembunyikan daripada penglihatan atau dipadamkan.
Laporan pegawai polis