Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
116. Penggeledahan oleh pegawai polis
Feedback & supportApabila seseorang pegawai polis yang membuat suatu penyiasatan polis berpendapat bahawa pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi perjalanan penyiasatan apa-apa kesalahan yang dia diberi kuasa untuk menyiasatnya dan terdapat sebab untuk mempercayai bahawa orang yang kepadanya saman atau perintah di bawah seksyen 51 telah atau boleh dikeluarkan tidak akan mengemukakan dokumen atau benda lain itu sebagaimana yang diarahkan dalam saman atau perintah itu atau apabila dokumen atau benda lain itu tidak diketahui berada dalam milikan mana-mana orang,
100
Undang-Undang Malaysia pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mencari dokumen atau benda lain itu di mana-mana tempat.
Pegawai itu hendaklah, jika dapat dilaksanakan, menjalankan penggeledahan itu sendiri.
Jika dia tidak dapat menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada orang lain yang kompeten untuk membuat penggeledahan itu hadir pada masa itu, dia boleh menghendaki mana-mana pegawai bawahannya untuk membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah secara bertulis yang menyatakan dokumen atau benda lain yang baginya penggeledahan itu dikehendaki dibuat dan tempat yang dikehendaki digeledah, dan pegawai bawahan itu boleh kemudiannya menggeledah bagi mendapatkan benda itu di tempat itu.
Peruntukan Kanun ini tentang waran geledah hendaklah, setakat yang boleh, terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.