Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
117. Tatacara jika penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam masa dua puluh empat jam
Feedback & supportIn plain English
When an investigation cannot be completed within twenty-four hours and the accusation seems well founded, the accused must be brought before a magistrate. For offences punishable with less than fourteen years, the magistrate may allow detention of up to four days, then three days. For offences punishable with death or fourteen years or more, each limit is seven days.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Apabila mana-mana orang ditangkap dan ditahan dalam jagaan dan didapati bahawa penyiasatan tidak dapat diselesaikan
104
Undang-Undang Malaysia dalam tempoh dua puluh empat jam yang ditetapkan oleh seksyen 28
dan terdapat alasan untuk mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat itu berasas, pegawai polis yang membuat penyiasatan itu hendaklah dengan segera menghantar kepada seorang Majistret suatu salinan catatan dalam buku harian yang ditetapkan kemudian daripada ini yang berhubungan dengan kes itu dan hendaklah pada masa yang sama membawa tertuduh itu ke hadapan Majistret itu.
Pendakwa Raya boleh hadir dalam mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Majistret yang ke hadapannya seseorang tertuduh dibawa di bawah seksyen ini boleh, sama ada dia mempunyai atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu, memberi kuasa bagi penahanan tertuduh dalam apa-apa jagaan seperti yang berikut:
jika kesalahan yang disiasat itu boleh dihukum dengan pemenjaraan kurang daripada empat belas tahun, penahanan itu hendaklah tidak lebih daripada empat hari pada permohonan yang pertama dan hendaklah tidak lebih daripada tiga hari pada permohonan yang kedua; atau
jika kesalahan yang disiasat itu boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan empat belas tahun atau lebih, penahanan itu hendaklah tidak lebih daripada tujuh hari pada permohonan yang pertama dan hendaklah tidak lebih daripada tujuh hari pada permohonan yang kedua.
Pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah menyatakan dalam salinan catatan dalam buku harian yang disebut dalam subseksyen (1), apa-apa tempoh penahanan terhadap tertuduh sebaik sebelum permohonan itu, sama ada atau tidak penahanan itu berhubungan dengan permohonan itu.
Majistret itu, dalam memutuskan tempoh penahanan bagi orang tertuduh itu, hendaklah mengambil kira apa-apa tempoh penahanan sebaik sebelum permohonan itu, sama ada atau tidak penahanan itu berhubungan dengan permohonan itu.
Kanun Tatacara Jenayah 105
Majistret itu, dalam memutuskan tempoh penahanan bagi tertuduh itu, hendaklah membenarkan representasi dibuat sama ada oleh tertuduh itu sendiri atau melalui peguam pilihannya.
Jika Majistret itu tiada bidang kuasa untuk membicarakan kes itu dan berpendapat penahanan lanjut tidak perlu, dia boleh memerintahkan supaya orang tertuduh itu dibawa ke hadapan seorang
Majistret yang mempunyai bidang kuasa sedemikian atau, jika kes itu hanya boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, di hadapannya sendiri atau seorang Majistret yang lain yang mempunyai bidang kuasa dengan tujuan untuk dipindahkan bagi dibicarakan oleh Mahkamah
Tinggi.
Seseorang Majistret yang memberi kuasa bagi penahanan dalam jagaan polis di bawah seksyen ini hendaklah merekodkan sebab dia berbuat sedemikian.