Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
112. Pemeriksaan saksi oleh polis
Feedback & supportIn plain English
An investigating police officer may question anyone thought to know the facts and must write down their statement. The person must answer, unless an answer could expose them to a criminal charge, penalty or forfeiture. They must tell the truth and be told these duties first. Where possible, the statement is read back in their language and signed or thumbprinted.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Seseorang pegawai polis yang membuat suatu penyiasatan polis di bawah Bab ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
98
Undang-Undang Malaysia
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.
Seseorang pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, dicatatkan secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.