Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIII
108A. Penerimaan salinan terperaku maklumat sebagai keterangan
Feedback & supportDalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, suatu salinan sesuatu catatan yang berhubungan dengan suatu maklumat yang diubah ke dalam bentuk bertulis di bawah peruntukan seksyen 107 dan yang berupa sebagai diperakukan sebagai suatu salinan benar oleh
Pegawai penjaga Daerah Polis yang terletaknya balai polis yang maklumat itu diberikan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi kandungan asal dan bagi masa, tempat dan cara yang maklumat itu telah direkodkan sedemikian.