Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
209. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memegang simpan dokumen
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengambil milikan dan memegang simpan dengan seberapa lama yang perlu suatu dokumen yang diberikan oleh mana-mana orang di bawah Bab ini.
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai salinan benar dokumen itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui bagi dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
Sehingga suatu salinan diperakui bagi dokumen itu dibekalkan,
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat bolehlah mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1)
dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Pengangkutan Awam Darat 195